ops.. terpanjang cerita pula pasal jubli emas ni.. boring ye idak?
ok, fine, sambung ikut tajuk diatas
perjalanan kami bermula sebaik sahaja majlis jubli emas tu habis (actually, x smpat habis pun kami terpaksa keluar awal dan tukar baju kurug kepada baju t-shirt jpp untuk keselesaan). dalam lingkungan pukul 11 jugak la kami bertolak dari ipg teknik, ke kuala perlis.
dalam pukul ... (pagi yang gelap), kami singgah di kuala kangsar (if i'm not mistaken), ada r n r kat situ.
kami sampai kat jeti kuala perlis dalam pukul 7, kebetulan kat situ ada disediakan masjid yang cantik menarik kau memang da bomb, kami tumpang masjid tu untuk tukar baju t-shirt jpp kepada bj korporat untuk sesai kan dengan majlis anak angkat sebaik sahaja kami tiba di pulau tuba nanti.
ini la dia gambar masjid yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb di area jeti kuala perlis
leepas kami samua tukar baju bagai, singgah la makan2 kat kedai makan yang betul2 di depan jeti tersebut..
makan nasik lemak yang sedaaappp~~
antara perasaan percaya atau tidak, kami makan untuk dua orang (berpakat bayar sekali) just for RM 8.30
wow. itu termasuk sekali dengan air tu..
memang jauh bezanya dari harga KL
tengok la nasik lemak aku punya on upper right hand side
best kan ?
itu pasal makan.. ni aku nak cite pasal naik ferry
ye la, aku ni kan bukan selalu dapat naik feri ni.. bile dah sekali naik feri yang laju dan tinggi dilambung ombak ni.. aku rasa mabuk laut sket..
aku dengan kak aina mmg x boleh dok atas feri tu
khaidir yang dok sebelah aku pun gelak tengok kami.
sekali feri kene ombak, sekali muka kami nampak pelik.
=.=
setibanya kami di pulau tuba, kami disambut dengan beberapa buah van yang akan membawa kami ke dewan serbaguna pulau tuba..
disana, buat la majlis anak angkat secara serba sederhana.
lepas tu kami dibawa ke rumah keluarga angkat masing2.
aku, kak aina, kak sapiah, and kak amanda adik beradik.
abg arip, ayub, and pak din satu keluarga.
kami bukan sahaja jiran, tetapi, kami adalah sepupu..
haha.. mak kami kakak kepada mak dorang
best makan kat luar.. kne angin sepoi2 bahasa.. :)
ni kuih bakar katenye.. ntah ape dah nama kuih ni.. mak kami buatkan..
oh ya.. mak kami pembuat kuih kat area p.tuba ni taw..
![]() |
| kak amanda, kak aina, dan kak sapiah sempat lagi nk posing |
![]() |
| baju untuk persembahan imported from sarawak |
pada malam tu kami just resting2 je kat umah..
ada yang wat aktiviti lain seperti lepaking kat tepi pantai bagi yg dok dekat dgn pantai tu.. ada yang memancing..smpai pukul 2-3 pagi dorang still kat sne..
kami decide untuk just dok kat umah je la.. penat setelah jauh jalan ni..
kami cakap kat mak yang kami semua nak tido kat ruang tamu.. hhaaa..
baring sambil tgk tv..
seyesly macam kat umah betul dibuatnya
pagi esoknye, kami wat gotong royong kat area dewan tu..
kebetulan ada tadika sebelahnya, kami tanam pokok area situ..
tebas semak,buang sampah, tanam pokok
ituah antara aktiviti kami pagi itu.. smbil cakap bangga pasal keluarga masing2..
family dia best la, kaya la, dapat bilik sorang satu la, rumah jual ABC la.. macam2
everybody were boasting their family..
kami juga siapkan dewan untuk majlis kebudayaan malam itu juga..
kemudian bincang persembahan apa yang mahu kami lakukan untuk mlm nnt.
kami dibahagikan kepada 2 kumpulan..
dalam kumpulan tu, pandai2 la korang bincan.. masing2 dah besarkan?
petang itu pulak ramai2 datang umah kami (wow.. bangga kejap) untuk memasak makanan mlm tu..
semua makanan disediakan dari umah kami memandangkan mak kami pandai masak dan rumah paling dekat dengan dewan serbaguna
seyesly bet kot ramai2 kumpul kat umah..
macam suasana raya la pulak.. btw yeah., we are family :)
ramai la jiran2 mak datang untuk tolong masak sekali...
khaidir tengah masak nasi.. alah.. tu posing je.. ahah
*lupa nak mention.. mak kami ratu kebaya koottt... haha banyak gile kebaya dalam almari
dalam gambar ni kurung moden mak punye.. aku pakai baju ni time malam kebudayaan tu.. seyesly malu kot/..haha.. tp,nak amik ati orangtua.. pakai je la..
ni lepas majlis kebudayaan. kak sapiah n kak amanda sempat lagi nk posing tu.. dua2 pakai baju mak
ni abang syafik! orang lain sume dah balik tau.. tapi dia sempat lagi nak pau makan nasik kt umah orang.. entah sampai pukul brape la abg syafik n abg arizal lepak umah kami...
lepas bertolak balik dari pulau tuba.. kami jalan2 sekejap kt area langkawi ni. skali skala.. bukannye selalu dapat jalan2 kan..?
semua itu still jadi tanda tanya dalam benakku
![]() | |||||
| abg arip bg aku coklat ni.. sebg tnda penghargaan | kepada aku yg telah byk tlg die.. katenyeee |
![]() |
| *tangan kidir |
lepas tu, kami shopping coklat sakan-makan kat pekan kuah.. hoooohooo...
memang shopping giler2 laaaa....
![]() |
| sebagai kenangan; agak sebak nk tgglkan ipg teknik ni :( |


















































No comments:
Post a Comment