background

Friday, 28 September 2012

kisah hidung part 2



hari ni sebenarnya, aku nak balik umah mak cik aku,.. ye la time cuti sabtu ahad ni la nak baliknya.. ramai yang balik.. kebanyakan yang stay kat sini budak sabah sarawak je la. sementara tunggu pak cik aku ni, aku ambil kesempatan sikit la nak update blog aku yang dah bersawang ni kan..
hari ni aku nak sambung balik kisah hidung aku ni.. ada certain part yang aku tak ceritain dalam intry before this..
ingat tak time aku yang aku cakap shahir bawa aku pergi klinik besar kerajaan cheras? well tempat tu sebelah maktab aku je. boleh ni ha tengok dari tingkap bilik aku. sebelah pagar je.

petang selepas majlis sambutan merdeka-raya tu, kami kemas-kemas sikit kat area dewan tu. time tu la shahir (JPP sem 4) offer nak bawak aku ke klinik. aku pun apa lagi kan.. dah orang tu sendiri offer nak bawa. lagi pun ramai yang bagi nasihat supaya pergi jumpe doktor sebab nak 'cuci' luka aku ni.
time tu aku pakai baju kurung moden warna purple, shahir pulak pakai baju melayu hijau dengan songkok siap. yang la.. kan ada majlis sambutan raya tu.. mestila nak masing-masing nak pakai baju raya kan.? lepas shahir parking kereta, kitorang masuk la klinik tu.. perasaan aku time tu agak teruja jugakla.. klinik tu besar gile kot!.. 3 tingkat.. ye. besar. O-O 
memandangkan ni merupakan first time aku ke klinik tu mestila kene daftar dulu kat kaunter pendaftaran. kat situ ada sorang nurse yang jaga kat kaunter. then dia bagi aku satu kad pendaftaran untuk diisi. tiba-tiba dia tanya..

''awak dah.. #$%$?", nurse.
"hoh?", aku.
"awak dah @$@%# ke?", nurse.
"err.. maaf, ape cik cakap?" =.=
"awak dah kawin ke?", nurse
"err... eh taakkk.. tak kawin lagii!", 

*i'm 19 years old still single* 
true story bro


aku baru 19 tahun kooottt... takkan la kawen awal giler..lagi pon dia tak tahu nilai ke? punye la nampak mude aku ni... *perasan lebih*....aku tak tau la nape aku sooo bluurrr time tu. aku pun pelik, nape dia tanya aku camtu? pastu aku pikir..oohhh.. ni mesti sebab dia tengok shahir yang ada kat blakang aku...
lepas aku amik kad tu, aku terus isi then bagi kat kaunter tu balik, nurse tu suruh aku tunggu kat ruang check up. shahir ikut belakang

cett...

Monday, 24 September 2012

MaLanG tAk bErBaU




Betul tu.. malang sememangnya tak berbau.. kalo benda tu dapat di hidu, mestila kita dapat lari dari kecelakaan @ kemalangan. Sape nak sakit? Sume taknak kan? Well.. ni ada story mau di ceritain.. :
Pada malam tu, abg yus, selaku pengerusi  bagi majlis sambutan raya dah bagi arahan kat kami, jpp untuk turun ke dewan untuk persiapan dewan bagi mjls tu pasa keesokkan hari. Dia cakap turun pukul 9 malam. Aku dengan sharp2nya turun la pukul  9. Aku terkejut, nape xde orang lagi? Yang ada budak2 kelab TASEK wat latihan menari. Ok! Mungkin awal lagi. Abg yus cakap dia turun pukul 8.30 mlm lagi, tunggu punya tunggu, still xde orang sampai lagi. 

Pastu, kak wani turun, dengan kak tasya n kak anis (kami sume JPP). Alih2, dorang gaduh.. (?!) awat nye nih.. teruk pulak tu dorang gaduh. Pastu kak anis n abg yus ajk kami g tesco nk beli tisu  dengan banyaknya utk esk. Dalam keta pun dorang still nak gado.  =.= aku dengan kak anis ta tau nak wat ape dah. Kitorg try la wat lawak. Lepas beli barang, kitorang trus balik maktab.

Kak wani terus masuk toilet yang kat depan dewan. -nangis- . abg yus masuk dalam toilet perempuan semata-mata nak pujuk kak wani.. kuat gile kot dia nanges. Aku dan kak anis masuk jugak lah dalam toilet tu dengan niat jahat.. ngeh4... 

Berlakulah babak2 drama macam drama melayu time tu.. dah la kat toilet (macam laa dah takde tempat lain nak wat drama).. tolak2 pintu siap nih.. pastu tetiba, sekeping jubin (1/2 kaki x 1 kaki) jatuh kat hidung aku.. praaaaannnnggggg! Aku terus lari tgk cermin.. 










DARAH!!! KAK ANISSSSSSS... DARAH KAK ANISSSS!!






 Aku panik.. seriusly aku langsung tak rase sakit langsung time tu.. kak anis yang tolong basuh darah kat hidung aku.. aku langsung tak  boleh wat pape dah.. -panik- .. faiz masuk, dia tgk hidung aku.. then dai lari ke keta dia amikkan plaster n tisu. Lepas darah kurang sket, kak anis letakkan tisu n plaster kat hidung aku. 
Kami sambung wat keje persiapan dewan. Time tu ramai la yang concern kat hidung aku nih..malu pun ada.. lebih kurang 10 orang jpp dok keliling aku semata2 nak tgk hidung terchentaaaa ni.. 

Kawan kak wani rawat hidung aku kat asrama, dia cakap luka ni dalam. Time tu meleleh la air mata aku. Aku takut akan tinggal parut. Lepas tu aku pergi kat bilik waidah.. mengadu kat dia pulak.. waidah pulak yang terlebih2 rase sakitnya.. katenya, nampak isi putih kat hidung aku ni. Then syida pulak masuk bilik aku, dia letak lagi ubat gamat. Katenya akan cepat tutup luka tu kalo letak ubat gamat. 

Hasil dari belas kasihan kawan2 n senior2 aku, aku dapat 4-5 skali ubat sapu untuk luka kat hidung aku ni.. termasuklah roomate aku bagi..  i really appreciate them.. thank you guys.. 

Time tu, aku sedar, bertapa concern-nya dorang kat aku...

Keesokkan harinya, ramai la pulak yang bertanya kan hal hidung aku ni,., ada yang tanya je, tak kurang yang bagi tips nak kurangkan @ hilangkan parut.. ada jugak yang menganjing kat hidung aku nih.. cett! Cakap ‘kak, kene ape kat hidung kak?’, ‘kurang la mas kawen ko nnt..kesian ko..’ ngeppp! Sape2 je yang tanya pasai hidung aku , aku jwab eksiden jer,, malas nak citer2 byk kali.. jenuh aku.. =.=

Lepas majlis, shahir bawak aku ke klinik kesihatan cheras. Doktor tu bagi antibiotik makan, n ubt tahan sakit... ntah pape la doktor ni... =.= nape tak bg ubt sapu je? Ubt tahan sakit? Aku kan dah cakap kt doktor tu aku tak sakit la... biasala, standard klinik kerajaan... 

Petang tu kak tasya bagi lecture kat aku, pot pet pot pet pot pet.... bla bla bla bla..... last2  dia ajak aku g klinik swasta kat BTR, klinik salleh. Faiz driver. 

Suasana kat klinik tu sangat tenang, bak faiz cakap, macam spa... well sedikit sebanyak itu dapat wat ke-nervous-an aku ni kurang la skit. Doktor salleh tu bersih kan luka aku ni dengan iodin kuning.. cara dia cakap macam ayah-ayah gitu, macam ayah cakap kat anak dia.. lepas tu doktor tu rekemenkan aku utk beli ubat antibiotik sapu (untuk luka) dan gula2 blackberry (utk tekak).. utk 2 ubt tu je hampir rm 40 hengget nyer cas.. ngep btol la doktor tu.. tapi tak pe la.. utk aku jgk.. aku cek2 tgk ada rm 35 je psatu kak tasya lg brykan sikit utk aku.. konon2 la aku ni xde duit kcik.. bhahaha.. padahal xde duit.. =.=

Kami singgah makan jap kat restoran tongkra, time timbul pulak la cite kne himpit la, cite hantu la.. eii.. kakak n abg aku ni xreti ke hah? Bukan aku takut pun, cume aku taknak pikir la pasal bnde2 cmtu.. mengarut je la... kat restoran tu faiz pesan nasi goreng parprik n milo.. kak tasya kongsi dengan aku, nasi goreng pataya (my peberet) n aku air suam je la.. kalo tak, tak pasal2 aku kne lecture lagi dengan kak tasya... lepas lepak-ing kat sne, kami pulang ke asrama... 

Hari ni hari ke-7 lepas kemalangan tu belaku, dan ini hidung aku lepas seminggu...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Friday, 14 September 2012

Hakikat Budak2 RBT



Blajar Pertanian Macam Ahli Botani
Blajar ERT Macam Interior Designer
Blajar Autocad n LK Macam Arkitek
Blajar Perniagaan Macam Bisnesman
Blajar BI Macam TESLian
Blajar Sains Teknikal Macam Physician
Blajar Mate Teknikal Macam Matematician

#ok, exaggerate :P