hari ni sebenarnya, aku nak balik umah mak cik aku,.. ye la time cuti sabtu ahad ni la nak baliknya.. ramai yang balik.. kebanyakan yang stay kat sini budak sabah sarawak je la. sementara tunggu pak cik aku ni, aku ambil kesempatan sikit la nak update blog aku yang dah bersawang ni kan..
hari ni aku nak sambung balik kisah hidung aku ni.. ada certain part yang aku tak ceritain dalam intry before this..
ingat tak time aku yang aku cakap shahir bawa aku pergi klinik besar kerajaan cheras? well tempat tu sebelah maktab aku je. boleh ni ha tengok dari tingkap bilik aku. sebelah pagar je.
petang selepas majlis sambutan merdeka-raya tu, kami kemas-kemas sikit kat area dewan tu. time tu la shahir (JPP sem 4) offer nak bawak aku ke klinik. aku pun apa lagi kan.. dah orang tu sendiri offer nak bawa. lagi pun ramai yang bagi nasihat supaya pergi jumpe doktor sebab nak 'cuci' luka aku ni.
time tu aku pakai baju kurung moden warna purple, shahir pulak pakai baju melayu hijau dengan songkok siap. yang la.. kan ada majlis sambutan raya tu.. mestila nak masing-masing nak pakai baju raya kan.? lepas shahir parking kereta, kitorang masuk la klinik tu.. perasaan aku time tu agak teruja jugakla.. klinik tu besar gile kot!.. 3 tingkat.. ye. besar. O-O
memandangkan ni merupakan first time aku ke klinik tu mestila kene daftar dulu kat kaunter pendaftaran. kat situ ada sorang nurse yang jaga kat kaunter. then dia bagi aku satu kad pendaftaran untuk diisi. tiba-tiba dia tanya..
''awak dah.. #$%$?", nurse.
"hoh?", aku.
"awak dah @$@%# ke?", nurse.
"err.. maaf, ape cik cakap?" =.=
"awak dah kawin ke?", nurse
"err... eh taakkk.. tak kawin lagii!",
![]() |
| *i'm 19 years old still single* true story bro |
aku baru 19 tahun kooottt... takkan la kawen awal giler..lagi pon dia tak tahu nilai ke? punye la nampak mude aku ni... *perasan lebih*....aku tak tau la nape aku sooo bluurrr time tu. aku pun pelik, nape dia tanya aku camtu? pastu aku pikir..oohhh.. ni mesti sebab dia tengok shahir yang ada kat blakang aku...
lepas aku amik kad tu, aku terus isi then bagi kat kaunter tu balik, nurse tu suruh aku tunggu kat ruang check up. shahir ikut belakang
cett...

No comments:
Post a Comment